Kerjaku ialah untuk memilih jenis hari yang akan ku tempuhi
Hari ini aku boleh sahaja berceloteh tentang kesihatanku
Atau aku boleh sahaja bergembira bahawasanya aku masih lagi
Bernyawa
Hari ini aku boleh merungut kerana perlu ke sekolah
Atau pun membuka minda
Dan mengisinya dengan ilmu pengetahuan
Hari ini aku boleh berasa sedih kerana tidak punya wang
Atau aku boleh bersyukur bahawa keadaan itu
Telah membantu aku merancang dengan bijaksana
Dan sebagai panduan agar tidak membazir
Hari ini aku boleh merungut kerana perlu kerja
Atau aku boleh sahaja menjerit kegembiraan kerana aku
Mempunyai sesuatu
Untuk dilakukan
Kerjaku ialah untuk memilih apakah jenis hari
Yang akan kutempuhi
No comments:
Post a Comment