Wednesday 1 June 2011

Mode pengambilan gambar


Dah,kali nie kite dah tulis dlm bahase melayu sbb pembace sudah mula meningkat sejak aku tulis dlm bahase melayu niyh.Mode pengambilan gambar sgt penting kerana ia menyesuaikan keadaan,tempat,waktu yang kita ingin menangkap gambar.

keutamaan apertur (aperture priority)
Ia adalah sejenis alat bukaan diafragma yg mengawal cahaya.Mod aperture ini bertujuan untuk mengawal kemasukan cahaya secukupnya ke dlm kamera,tidak terlebih atau terkurang.Jika lebih cahaya,gambar terlalu terang dan jika kurang cahaya,gambar akan menjadi gelap.Kamera akan mengatur saiz bukaannya sendiri sesuai dgn keadaan pencahayaan pada masa itu.

keutamaan pengatup (shutter priority)
Ia adalah merupakan salah satu mod yg terdpt pada kamera.Bila pengatup diset,bukaan akan dicari sendiri oleh kamera sesuai dgn keadaan cahaya.Jurugambar tidak perlu membuat sebarang ubahsuai kepada gelang bukaan apertur.

manual
Membolehkan kita untuk mengatur sendiri saiz bukaan diafragma dan juga kecepatan pengatup kamera yg diinginkan.

potret
Penggunaan mod potret biasanya untuk mengambil gambar wajah seseorang dengan mengaburkan keadaan latar belakang supaya objek akan jelas kelihatan.Hanya wajah sahaja diambil dari paras bahu ke atas.Walaubagaimanapun,gambar sendiri sehingga ke kaki juga dipanggil potret.

sukan
Mod yg digunakan untuk merakam gambar yg bergerak dan biasanya digunakan pada sesuatu acara sukan.

landskap
Mode yg digunakan untuk merakam gambar pemandangan luar bangunan atau rumah,selalunya taman,bukit bakau,gunung,laut,sungai,perkampungan dan sebagainya.Menurut prinsipnya,ia akan meningkatkan warna biru langit dan warna hijau daun seperti juga fungsi ND (neutral density atau kepekaan neutral).

rapat (close up)
Satu kaedah mengambil gambar jarak rapat disebabkan objek kecil atau mengambil gambar sebahagian dari objek besar.Misalnya,'orang' digambarkan wajah mukanya saja.Lebih rapat dari itu,rakaman gambar bibir atau matanya saja.

night scene
Mod yg digunakan untuk merakam gambar pada waktu malam.Gambar akan kelihatan jelas walaupun pada waktu malam.Gambar akan kelihatan jelas walaupun dlm keadaan suasana malam.Ia adalah gabungan di antara pengatup perlahan (slow shutter) dan lampu imbasan tambahan (fill flash).Disarankan menggunakannya dgn tripod atau kaki kamera.

auto
Ini adalah mode Automatik. Inilah yang kebanyakan orang menetapkan bila mereka melihat kamera untuk pertama kalinya. Masalah dengan mode ini adalah bahawa kamera selalu akan memilih saat yang salah untuk menghidupkan lampu kilat, biasanya merosakkan imej yang anda rancang. Sungguh, hanya menggunakan mode P, dan hidupkan lampu kilat apabila anda menginginkannya.

program
Mod disebut Program. Ini adalah mode yang saya menembak di sebahagian besar masa. Kamera melakukan pendedahan dan tumpuan. Namun anda boleh menetapkan pampasan pencahayaan, yang merupakan kawalan hanya (selain flash), anda memerlukan sebahagian besar masa untuk snapshot. Yang menyenangkan tentang mode ini, itu benar-benar automatik, tetapi anda mempunyai kawalan ke atas flash, yang adalah apa yang anda perlukan untuk foto anda.

No comments:

Post a Comment